Friday, June 6, 2008

mio amici - I

sejak beberapa minggu yang lalu, aku berpeluang berjumpa dengan kawan-kawan yang sudah lama tidak ketemu tetapi masih berhubung melalu emel, sms ataupun faceb00k.

sungguh menyenangkan dapat berbual-bual, berjenaka dan bertukar pendapat tentang pelbagai perkara.

banyak yang aku dapat pelajari daripada duduk berbual dengan mereka. walaupun ada yang kelihatan senang dengan kehidupan yang selesa, tetapi ada masalah yang terpaksa ditanggung sendiri. tetapi aku tabik spring kepada mereka kerana walaupun bergelar ibu dan isteri, mereka masih mempunyai aspirasi dan karisma untuk menyumbang kepada masyarakat.

aku mula menyedari, selama ini adakalanya aku makan hati apabila duduk berbual dengan mereka. aku berasa agak iri hati kerana mereka mempunyai pasangan hidup, rumah sendiri, keluarga, dan anak-anak. namun, faktor masa, usia dan pengalaman, banyak mengajar aku tentang erti kenalan, teman, kawan, sahabat dan persahabatan.

aku pernah bertengkar dengan seorang teman, pada ketika itu aku berpendapat dia hanya menyusahkan sahaja kerana asyik bermain sms, mungkir janji dan suka menceritakan perihal aku kepada kenalannya yang lain-yang memang tak sebulu denganku. memang pada awalnya aku terasa kehilangan, tetapi setelah difikirkan dengan mendalam, adakah aku peduli untuk berkawan dengan seseorang yang hanya mementingkan dirinya sendiri. bagaimanapun, aku sedari yang dia sebenarnya keseorangan. walaupun dia mempunyai ramai kenalan tetapi dia masih mempunyai rasa rendah diri. sekarang ini, aku simpati dengannya...

1 comment:

Sunfloraa said...

Congratulations, age, oops I mean wisdom, has caught up on you.

Its a lot easier, to understand a person when you know what the person is all about.

Next time is forgive and forget. Good luck.

Mcm main computer game plak nak naik next level.