Thursday, April 20, 2000

Corat-coret

Kemahiran yang saya perolehi semasa tahun 70an dan 80an adalah seperti memanjat pokok jambu dan mangga di halaman rumah, meredah canal untuk mencari belut, ikan laga dan ikan longkang, menumbuk halus kaca untuk disalutkan ke tali layang-layang, bermain bola sepak dan chapteh... Oh, tidak lupa juga menjadi ibu kepada pengantin semasa bermain kahwin-kahwin. Yeah!

Semasa kecil, televisyen di rumah adalah jenama Telefunken yang boleh dikunci. Saya suka menonton rancangan yang dinamakan "Hawaii Five-O". Saya pernah mengidamkan kerjaya sebagai penghibur dalam rancangan "Solid Gold" dan "Sha Na Na". Saya juga mahu Kermit, Oscar, Grover & Animal sebagai adik-beradik saya. Idola saya adalah Mat Sentul. Oh, and I was in love with John Eric-Hexum...